Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

BAF 2023 Bentuk Semula Naratif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

By 2 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Penganjuran Borneo Art Festival (BAF) 2023 dilihat berupaya sebagai platform membentuk semula naratif Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menyentuh bahawa kebudayaan adalah sebagai suatu medium bagi mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman, dasar itu menyentuh akan tindakan bagi memupuk dan memelihara keperibadian nasional yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan bagi diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Selain itu, program ini turut menghimpunkan keistimewaan seni kraftangan melalui pameran kraftangan Borneo, memberi peluang kepada penyertaan pelajar sekolah dan institusi pendidikan menyerlahkan kehebatan mereka dalam nilai kesenian serta kreativiti koreografi dalam menghasilkan gerak tari rekaan busana.

“Pengisian acara utama pada tahun ini adalah seperti pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Tingkah Geruh (Battle) dan Pertandingan Fesyen (Kostum Kreatif Malaysia) yang sudah pasti menyajikan kita dengan pelbagai persembahan yang mengujakan selain memartabat budaya dari segi tarian dan peragaan busana,” katanya semasa merasmikan Malam Apresiasi Majlis Penutupan Borneo Art Festival Labuan 2023, di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Pada majlis itu Simsudin turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Tingkah Geruh (Battle) dan Pertandingan Fesyen (Kostum Kreatif Malaysia).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda