
Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, telah merasmikan Program Pemeriksaan Gigi bertempat di Dewan Blok A, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini kelmarin.
“Aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi di peringkat awal usia.
“Program pemeriksaan gigi bertujuan untuk mengawal penyakit gigi terutamanya di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gigi sihat,” katanya.
Sementara itu, wakil International Medical University (IMU) Profesor Muneer Gohar Babar menyatakan bahawa program tentang penjagaan kesihatan gigi ini akan diperluaskan ke seluruh tempat termasuk di kawasan Lembah Pantai.
Program yang dianjurkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP) Subzon 3 Lembah Pantai dengan kerjasama IMU itu melibatkan seramai 150 orang warga PPR Kerinchi.
Antara aktiviti yang dijalankan ceramah penjagaan gigi, pemeriksaan gigi, cara dan aktiviti memberus gigi.
-ZS-