Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jelajah Genta Belia Peringkat Tampin Dapat Sambutan Hangat

By 8 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

JELAI, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Genta Belia peringkat daerah Tampin 2023 di Dewan Jelai 2 mendapat sambutan hangat daripada warga sekitar.

Program ini telah mengumpulkan usahawan belia yang berdaftar di bawah jabatan dan agensi kerajaan untuk berkongsi perniagaan, produk dan maklumat mengenai keusahawanan kepada orang ramai khusunya golongan belia.

Pelbagai acara menarik seperti ‘Ladies Color Fun Run’, Sembang Santai Bersama Tokoh Belia, Pertandingan Karaoke Belia Idol, pameran agensi kerajaan, Jualan Ekonomi Belia dan pelbagai acara lagi diadakan sempena program ini.

Menurut Nur Jamaah Zurimi, 28, program ini memberi peluang kepada belia untuk berjinak dalam dunia usahawan yang boleh meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

“Program sebegini perlu diteruskan dari semasa ke semasa agar belia tahu hala tuju untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Zul Fadhli Abd Aziz, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara Hartini A. Jabbar dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin Kajurin @ Kaddly Ujin.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda