
Laporan/foto: S. Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)
PERAI, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) anjuran Pusat Khidmat ADUN Perai telah diadakan di Dewan Taman Chai Leng, di sini semalam.
Program usahasama daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk setempat.
Pegawai Seranta ADUN Perai Mohan Ramasamy, berkata pelbagai lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang dan memperoleh manfaat daripada program ini.
“Program seumpama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan penduduk setempat kerana barangan jualan pada kadar diskaun 10 hingga 30 peratus berbanding dengan harga pasaran” kata.
Seorang suri rumah, Saraswathy Narayanasamy, 40, berkata inisiatif PJR membolehkan masyarakat India khususnya membeli barangan keperluan asas dan membantu mengurangkan beban perbelanjaan menjelang perayaan Hari Deepavali.
Seorang pengunjung Aishah Omar, 50, berterima kasih kepada kerajaan kerana inisiatif ini sangat membantu rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah.
-ZS-