Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahTerengganu

Kilang Perabot di Gombak Terbakar

By 6 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor

GOMBAK, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kampung Kerdas, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.56 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Pandan, Seksyen 7, Gombak Selatan, Setapak, Serdang dan Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis, berkata setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas B terbakar 80 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan dan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda