Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RM5.45 Juta untuk Sekolah dan Badan Keagamaan Bukan Islam di Zon Tawau

By 17 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan Sabah terus konsisten dan berusaha menekankan dasar keadilan serta kesaksamaan dalam semua aspek bagi membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama di negeri ini.

Bagi memakmurkan agenda tersebut, sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di Zon Pantai Timur Tawau antara organisasi berkenaan telah menerima peruntukan berjumlah RM5.45 juta untuk tahun ini melibatkan penerima di daerah Lahad Datu, Tungku, Kunak, Semporna, Tawau serta Kalabakan.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, 83 penerima daripada 110 kelulusan itu melibatkan 43 buah sekolah dan 67 badan keagamaan telah diberikan surat sumbangan.

“Sumbangan ini sangat bermakna dan relevan memandangkan institusi pendidikan seperti sekolah penting bagi melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan. Manakala badan keagamaan pula memainkan peranan memupuk nilai-nilai murni dan toleransi dalam kalangan masyarakat di negeri ini yang terdiri pelbagai kaum, suku etnik serta agama.

“Saya menyifatkan bantuan kewangan ini sebagai pelengkap bagi meringankan beban pihak sekolah dan badan keagamaan. Ia juga usaha untuk memperbaiki sekolah dan rumah ibadat supaya sentiasa dalam keadaan yang kondusif, selamat serta selesa digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Kepada Sekolah dan Badan Bukan Keagamaan Zon Tawau, di sini semalam.

Untuk makluman, Belanjawan Sabah 2023 telah memperuntukan sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri ini dengan sebanyak 1,810 kelulusan telah diberikan merangkumi 346 untuk sekolah dan 1,464 badan keagamaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda