Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Scammer’ – Jangan Mudah Terjerat

By 23 November 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Nurhidayah Mohamad Zaher (Yan)

YAN, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Masyarakat diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terjerat dengan pelbagai taktik licik penipu atau ‘scammer’.

“Saya menyarankan orang ramai agar sentiasa peka dan jangan mudah percaya dengan segala tawaran yang dijanjikan.

“Berdasarkan analisis, modus operandi ‘scammer’ ini terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu pertama melalui telefon atau ‘Macau Scam’ di mana ‘scammer’ menyamar sebagai pihak berkuasa seterusnya memperdaya mangsa, kedua melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan ketiga melalui media sosial seperti aplikasi Facebook, Whatsapp dan Telegram,” katanya.

Inspektor Tengku Al Nazirul Mubin Tengku Azlan dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial Daerah Kuala Muda/Yan berkata demikian dalam program ‘Townhall Discussion, Kesedaran Masyarakat Dalam Menangani Gejala Penipuan Dalam Talian’ (Scammer) di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, di sini semalam.

Tambahnya lagi, mangsa boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 untuk sebarang bantuan.

Seramai 150 orang peserta hadir ke program yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kedah.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar turut menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melayan panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

Menurut seorang peserta Norhayati Md Hassan, 55, dari Kampung Permatang Keramat, beliau mendapat banyak maklumat terutamanya bagaimana modus operandi mereka.

Seorang lagi peserta Haji Ismail Md Zain, 55, berharap agar program ini dilaksanakan secara berterusan untuk mengelakkan masyarakat terus menjadi mangsa ‘scammer’.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti Kontinjen Kedah SAC Kamarulzaman Elias dan timbalannya ACP Bala Subramaniam Suppiah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda