Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran di Selayang Indah akan Dibantu

By 29 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/JBPM Selangor

SELAYANG, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Selayang Indah pada Isnin selepas menerima laporan siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari, berkata pihaknya turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan cuba membantu tujuh keluarga berkenaan.

“Siasatan forensik Bomba masih berjalan dan melalui laporan tersebut Pejabat Daerah akan melaporkan untuk disalurkan bantuan.

“Saya juga akan berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya mangsa memerlukan khidmat kaunseling,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat serta menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran di Kampung Selayang Indah, di sini semalam.

Pada Isnin, JBPM Selangor dalam satu kenyataan melaporkan sebuah rumah lot di Jalan Indah 12 yang didiami tujuh keluarga terbakar hampir 70 peratus.

Namun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 3.00 petang itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda