Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Masyarakat Wajib Hentikan Rangkaian Jenayah ‘Scammers’

By 29 November 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

KUALA PILAH, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Kegiatan jenayah penipuan dalam talian atau ‘scammers’ yang semakin kerap berlaku wajib diberhentikan dengan penglibatan sepenuhnya masyarakat.

Penglibatan masyarakat dalam peringkat awal dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perkara-perkara asas berupaya menyekat penularan jenayah ini.

Ini ditegaskan oleh Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia Ahmad Faizal Zulkipli bahawa jenayah penipuan dalam talian bermula daripada aktiviti keldai akaun dan pendedahan data peribadi samada sedar atau tidak sedar.

“Justeru penganjuran Jom Digital DUN Senaling menjadi platform memupuk sikap ambil berat dan peka terhadap perubahan dunia digital masa kini.

“Kealpaan individu yang secara sedar atau tidak sedar berkongsi maklumat data peribadi dalam laman sesawang, pengisian borang digital atau fizikal, mudah percaya dan ada yang sanggup menjadi keldai akaun menyebabkan aktiviti jenayah dalam talian ini terus berkembang” jelas beliau dalam ceramah Jom Digital DUN Senaling, di sini semalam.

Kenyataan beliau turut dipersetujui oleh penceramah Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran JaPen Negeri Sembilan Malini Yunos yang melihat hubung kait aktiviti ini menyebabkan sesetengah individu menjadi mangsa penipuan khususnya berkaitan peluang pekerjaan lumayan di luar negara.

Program Jom Digital DUN Senaling dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim.

Turut hadir bersama Pengarah Yayasan Dgital Malaysia Ts. Nasru Syazwan Nawai, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Amran Mohd Ghani, barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling dan Jawatankuasa Komuniiti Madani DUN Senaling.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda