Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bazar A’Sena Terap Jiwa Usahawan Cilik

By 29 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Saban tahun Hari Kantin sebagai salah sebuah program tahunan di sekolah yang sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar yang berhasrat menjadi usahawan.

Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Sena, di sini telah berjaya menganjurkan Bazar A’ Sena yang dahulunya sinonim dengan nama Hari Kantin.

“Cabaran berniaga pada hari ini adalah macam mana nak lakukan produk jualan yang tak laku”, ujar pelajar Zoolfa Nureen Ahadeeja, 12, apabila ditanya tentang cabaran berniaga di gerai jualannya.

“Apa yang saya fikirkan untuk lakukan produk yang tak seberapa laku ini adalah saya sarankan kepada pelajar yang datang ke gerai untuk berkongsi kepada rakan-rakan agar membeli dan memberikan testimoni bahawa produk tersebut sedap,” katanya.

Qaleesha Nasuha Muhamad Najmi, 12, berkata pengalaman berniaga di gerai vendor kuih-muih meningkatkan keinginannya untuk bercita-cita menjadi usahawan.

Bazar A’ Sena berbentuk didik hibur ini mempunyai pelbagai pengisian seperti pameran daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Tabung Haji, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan gigi dan yang paling di nantikan adalah gerai-gerai jualan telah berlangsung seawal pagi sehingga petang ini dengan sokongan para ibu bapa yang turut hadir.

Penganjur turut menyediakan aktiviti seperti pertandingan tarik tali, permainan roket air dan rumah hantu yang mendapat sambutan sangat menggalakkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda