Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hanya 30 Minit, Tiga Tan Beras Putih Tempatan Habis

By 22 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Syafiq Sapian

JELEBU, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Tiga tan metrik beras putih tempatan habis dijual dalam masa hanya 30 minit di Pertubuhan Peladang Kawasan Jelebu (PPKJ), semalam.

“Saya terkejut kerana seawal pukul 2.00 petang sudah ramai pembeli menunggu sedangkan jualan dijadualkan pada pukul 2.30 petang,” kata Pengurus Besar PPKJ Muhd Rosli Husin.

Menurut Muhd Rusli, pihaknya telah mengagihkan satu tan metrik beras putih tempatan ke cawangan PPKJ di Simpang Durian dan selebihnya dijual di sini.

Menurut Abdul Ghani, 60, beliau mendapat tahu ada jualan beras ini daripada kumpulan ‘Whatsapp’ kampungnya.

“Alhamdulillah saya dapat (beli) satu pek hari ini,” katanya.

Seorang pembeli dari Kampung Renal, Sarimah Abas, 49, berkata beliau terkilan kerana tidak sempat untuk membeli.

“Saya berharap pihak PPKJ akan mengadakan lagi jualan beras putih tempatan pada masa akan datang dengan kuantiti yang lebih banyak kerana sukar untuk mendapatkan beras putih tempatan di Pekan Klawang ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda