Skip to main content
MA

Projek Rintis Koc MRT untuk Wanita diperluas ke Laluan Putrajaya

By 22 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
MRT Wanita

Laporan/foto: Hisham Salleh/MRT Corp

PUTRAJAYA, 22 Dis (MalaysiaAktif)– Projek rintis koc wanita bagi perkhidmatan MRT Laluan Kajang yang telah dilaksanakan sejak 18 September lepas, akan diperluas ke MRT Laluan Putrajaya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, ia sejajar dengan trend penurunan terhadap aduan berkaitan isu gangguan seksual yang direkodkan sejak projek rintis tersebut dilancarkan.

“Aduan berkaitan isu gangguan seksual menunjukkan trend penurunan daripada lapan kes pada suku pertama tahun ini, kepada hanya tiga kes dalam suku keempat,” ujarnya selapas merasmikan projek tesebut di Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, semalam.

Tegasnya, perlaksanaan projek ini mampu menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang wanita daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

Dalam pada itu, Loke turut mengumumkan tambang percuma untuk semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan MRT, LRT, Monorel, dan bas Prasarana di sekitar Lembah Klang, mulai 1 Februari 2024.

Tambahnya, Prasarana telah diberi masa sebulan untuk melakukan persiapan dan penyelarasan sistem tiket, termasuk pemberian kad konsesi khas kepada pengguna OKU.

-HS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda