Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perkhidmatan Kaunter Secara Berkala Memudahkan Urusan Rakyat

By 22 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Inisiatif perkhidmatan kaunter daripada tiga agensi kerajaan yang dilaksanakan secara berkala di Pejabat Penerangan Daerah Baling memberi manfaat kepada masyarakat di pinggir bandar.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Baling Amran Mohamad Kamis, fokus kerjasama di antara agensi ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang berada di kawasan yang jauh dari bandar besar untuk berurusan dengan agensi kerajaan.

“Tiga agensi kerajaan yang hadir sempena Program Pengimarahan PMR (Pusat Maklumat Rakyat) hari ini adalah Amanah Raya Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),” ujarnya di sini semalam.

Menurut Pegawai Penyelia Operasi Amanah Raya Mashadisham Johan, undangan untuk membuka kaunter perkhidmatan di premis tersebut setiap bulan adalah satu cara terbaik untuk pihaknya memberikan perkhidmatan berkaitan Amanah Raya.

Wakil dari KWSP serta ASNB juga memberikan pandangan yang sama dan kehadiran ramai pelanggan membuktikan kehadiran mereka dinantikan.

“Saya menunggu peluang untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi kerajaan yang hadir pada hari ini (Khamis) kerana tidak perlu lagi ke Sungai Petani yang jauh jaraknya untuk melakukan urusan berkenaan ASNB,” kata seorang pengunjung Mohd Shah Jarik, 54.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda