
Laporan/foto: Mawarni Ismail/Haziqah Nabilah Zainon (Kerian)
KUALA KURAU, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Pejabat Penghulu Mukim Kuala Kurau mengambil kesempatan sempena cuti sekolah yang baru bermula dengan mengadakan Mini Karnival Usahawan di perkarangan pejabatnya, di sini pada Selasa.
Program anjuran bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuala Kurau berjaya menghimpunkan hampir 20 peniaga tempatan di sekitar mukim Kuala Kurau dan dihadiri lebih 800 pengunjung.
Penghulu Kanan Mukim Kuala Kurau Mohamad Nazri Saidin, berkata program yang bertujuan mempromosikan peniaga-peniaga tempatan di mukim berkenaan turut menjual pelbagai jenis makanan antaranya makanan siap masak, sejuk beku, vendor, pastri dan kek selain produk kesihatan, tanaman dan pokok bunga.
“Jualan sangat laris dan para peniaga terpaksa menambah barang jualan dari semasa ke semasa dengan kebanyakan peniaga ini tidak mempunyai kedai sendiri dan hanya menjual produk melalui platform seperti Facebook, TikTok dan Whatsapp.
“Program ini secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup para peniaga seterusnya mengurangkan senarai penerima eKasih di mukim ini,” ujarnya.
Hadir merasmikan majlis Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian Rabizah Hasni Muhamad.
-ZS-