Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jualan Rahmah Bergerak Dapat Sambutan Menggalakkan

By 21 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal

JOHOR BAHRU, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Warga Wisma Persekutuan Johor Bahru dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah sempena dengan Jualan Rahmah Bergerak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Karnival Wisma Persekutuan Johor Bahru, di sini semalam.

Penyelaras Karnival Nur Hayati Ayob dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Johor, berkata warga Wisma Persekutuan dan orang ramai telah menunggu sejak pukul 8.00 pagi di perkarangan tempat letak kereta bagi mendapatkan kupon nombor giliran untuk membeli barang keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

“Pada tahun ini, kita adakan kelainan sedikit berbanding tahun lepas iaitu Jualan Rahmah Bergerak mendapat kerjasama daripada KPDN Negeri Johor dan Pasaraya Maslee Johor Bahru dengan menyediakan sebanyak 500 giliran kupon kepada pengunjung yang datang dan tidak menyangka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung,” katanya.

Program selama dua hari bermula 19 Disember lalu di Perkarangan Ruang Legar Wisma Persekutuan Johor Bahru itu turut mengadakan Jualan Produk Usahawan, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, Program Derma Darah, Sesi Kaunseling dan Psikologi, ‘Wellness on Wheels’, Senamrobik dan Cabutan Bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda