Laporan/foto: Nazira Naszeri/Mohd Saipul Nizam Ibrahim
JOHOR BAHRU, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 369 Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Pensijilan myOrganic bagi 14 buah ladang telah berjaya direkodkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor pada tahun lepas.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip, 369 pensijilan myGAP dan pensijilan myOrganic untuk 14 buah ladang itu merupakan pecahan bagi 383 pensijilan baharu yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor.
“Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor yang menunjukkan peningkatan pensijilan daripada tahun 2021 ke tahun 2022.
“Saya difahamkan bahawa pada tahun 2021 sebanyak 359 pensijilan telah disampaikan dan untuk tahun 2022, lebih kurang 383 persijilan meningkat iaitu sebanyak 74,” katanya ketika ucapan perasmian bagi Majlis Apresiasi Pensijilan myGAP dan myOrganic Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2022 yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.
Pensijilan myGAP diwujudkan sejak tahun 2002 untuk mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik meliputi elemen-elemen seperti pemeliharaan alam sekitar, menjamin keselamatan makanan, pengeluaran hasil yang berkualiti dan kebajikan serta keselamatan pekerja.
-ZS-