Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

BAP 2024 Bantu Ringankan Beban Ibu Bapa

By 24 Januari 2024Februari 9th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman

JASIN, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP) yang diberikan secara sekali bayar akan memberikan manfaat kepada seramai 5.3 juta orang murid di seluruh negara telah mula disalurkan kepada murid bermula Januari 2024.

Menurut Adam Ifwat, 33, anaknya telah menerima BAP sebanyak RM150 hari ini dan memuji kecekapan pentadbiran sekolah dalam menguruskan proses pemberian tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum pengagihan kepada setiap murid.

“Keprihatinan kerajaan membantu ibu bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun baharu 2024 amat dihargai, harapan saya agar inisiatif ini dapat diteruskan lagi pada tahun yang akan datang.

“Sekurang-kurangnya persediaan awal membeli barang kelengkapan sekolah dapat dibuat memandangkan tidak lama lagi umat Islam di seluruh Malaysia akan sibuk membuat persiapan menyambut ketibaan Ramadan dan seterusnya hari raya Aidil Fitri,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda