Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurPutrajayaTrendingWilayah Persekutuan

Cabaran Piala Asia ‘Harimau Malaya’ bermula

By 2 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Piala Asia

Laporan/foto: Azad Khan/FAM

PUTRAJAYA, 2 Jan (MalaysiaAktif) – Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon bersedia hadapi cabaran Piala Asia 2023, yang dijadualkan berlangsung dari 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.

Malaysia diundi dalam kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan selepas penantian selama 42 tahun untuk layak secara merit ke kejohanan tersebut.

Pasukan negara akan memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Jordan pada 15 Januari ini.

Menurut Pemain sayap kanan negara, Mohamad Faisal Abdul Halim, kesemua rakan sepasukan bersemangat untuk membuat penampilan di Piala Asia, yang disifatkan sebagai peluang terbesar untuk pasukan mengangkat semula nama Malaysia.

“Bertemu Jordan merupakan titik penting kita, sekiranya berjaya mendapatkan keputusan positif pada perlawanan pertama, ia akan memberi semangat kepada pasukan untuk menghadapi Bahrain,” katanya.

Harimau Malaya menyasarkan untuk melakar sejarah layak ke pusingan 16 terbaik selepas terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu.

Anak buah Kim Pan Gon akan berdepan Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 8 Januari ini di Doha bagi persediaan sebelum kejohanan bermula.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam pada 2007.

-AK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda