
Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohammad Zuhairi Zulkifli
SUNGAI BAKAP, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Kaunter bergerak pendaftaran sistem Pengkalan Data Utama (PADU) mendapat sambutan penduduk Tasek yang mengunjungi Program Jualan Agro Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pulau Pinang, di sini kelmarin.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah SPS Farhani Ismail, Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang mengambil kesempatan ini bagi membantu penduduk Tasek mendaftar PADU.
“Maklum balas yang kami terima mendapati orang ramai sukar mendaftar PADU disebabkan oleh batasan maklumat serta literasi digital.
“Kesempatan dan ruang yang ada ini kami gunakan sebaik mungkin untuk membantu masyarakat mendaftar PADU secara jumpa terus”, ujarnya.
Program Agro Madani mendapat sambutan luar biasa di mana penggunjung dapat menikmati penjimatan sehingga 30 peratus bagi pembelian barangan keperluan harian.
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir dan mula beratur sejak pukul 9.00 pagi.
-ZS-