Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penjawat Awam Muar Ikrar Bebas Rasuah

By 30 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Aidil Md Lazim/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang penjawat awam di daerah ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) secara bersemuka di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Majlis IBR yang disertakan pelancaran ‘hand-on’ sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan Amanat Pegawai Daerah Muar disaksikan Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat Mohd Faruzi Shadollah.

Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim, berharap semua penjawat awam di daerah ini dapat memberikan komitmen bagi mencegah berlakunya gejala rasuah.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pemberian bantuan sumbangan bencana banjir tempoh hari,” katanya.

Menurut Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor Mazreha Ya’akub pengurusan data peribadi dalam sistem PADU amatlah disarankan agar pemberian bantuan subsidi secara bersasar dapat dilakukan dengan lebih efisien.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda