Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerusi Roda Ceriakan Penerima Asnaf

By 18 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Amielia Zulkifli (Kerian)

PARIT BUNTAR, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Menderita penyakit saraf pinggang sejak berumur 22 tahun dan sejak itu hanya bergerak menggunakan papan luncur membuatkan Zulkifli Zainal Abidin, 57, berasa sangat gembira dan terharu di atas pemberian kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Zulkifli yang berasal dari Kampung Dew antara yang terpilih untuk menerima bantuan kerusi roda dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kerian sempena Program Santuni Kasih Komuniti di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Selinsing, di sini semalam.

Penghulu Mukim Selinsing Mat Kasa Arsad amat berbesar hati dan menzahirkan penghargaan kepada para penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki membantu masyarakat di mukim ini.

“Tiada kata lain yang dapat saya ungkapkan selain ucapan terima kasih atas sumbangan ini kerana besar maknanya bagi mereka yang amat memerlukan,” ujarnya.

Program anjuran Yayasan Sultan Azlan Shah dan Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak turut menyumbang 70 beg bantuan makanan, lampin pakai buang dan kerusi roda kepada golongan asnaf.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Orang Besar Jajahan Kerian Datuk Ahmad Raziff Datuk Seri Mohamad Zulkifli.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda