Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lebih 12,000 Hadir Semarak Subuh Masjid Sultan Iskandar

By 20 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 12,000 orang memenuhi Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn sempena program Semarak Subuh, di sini pagi tadi .

Orang ramai dari luar daerah dan negeri Johor tiba di perkarangan masjid sejak pukul 4.00 pagi lagi semata-mata untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Seorang jemaah Hambali Munadi, 50, berkata suasana di sekitar masjid begitu padat dengan kehadiran orang ramai yang tidak henti-henti untuk datang solat subuh.

“Selama saya mengikuti program Semarak Subuh yang diadakan sejak tiga minggu lalu pada setiap hari Jumaat, tidak pernah melihat lautan manusia yang begitu ramai datang seperti pagi ini dan ini memberikan satu fenomena yang sangat luar biasa.

“Solat subuh dua kali dibuat kerana kapasiti masjid hanya boleh memuatkan lebih kurang 4,600 orang sahaja dalam satu-satu masa seperti solat sunat hari raya,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Datuk Dr. Hj Azmi Rohani, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Datuk Bandar Dr. Muhammad Akmal Saleh selebriti tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda