Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Enam Inisiatif Banteras Ketirisan Barang Kawalan Bersubsidi di Pintu Masuk Sempadan

By 20 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan enam inisiatif bagi meningkatkan kawalan sempadan negara daripada aktiviti penyeludupan barang kawalan dan kawalan bersubsidi.

“Antaranya adalah, memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan negara seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata demikian ketika membuat Lawatan Kerja Rasmi di Kompleks ICQS Padang Besar, pada tengah hari tadi.

Menurut Armizan, inisiatif lain adalah pelaksanaan OPS TIRIS 3.0, OPS TIRIS 3.0 akan diperluaskan kepada barang-barang kawalan lain seperti gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram, tepung gandum, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).

“Empat lagi inisiatif lain adalah melibatkan gerak kerja oleh KPDN, iaitu penempatan sementara Pegawai KPDN di tujuh pintu masuk negara, penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP), pemantauan dan pemeriksaan dan pengauditan kepada pihak berkaitan seperti pemborong, pemegang permit barang kawalan.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan wakil rakyat negeri ini dan juga wakil-wakil agensi berkaitan dalam bersama-sama membanteras ketirisan barang kawalan bersubsidi di pintu masuk sempadan,” ujarnya.

Armizan turut mengadakan lawatan ke Program Jualan Rahmah di Masjid Othmaniah dan berkunjung ke kaunter sistem PADU dan Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis (JPN Ps).

-ZS-

Tinggalkan komen anda