
Laporan/foto: Rose Ryqal/Hafiz Muhd
KLANG, 15 Jan (Malaysiaaktif) â Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Raja, yang bertempat di Jalan Bendahara 2, Taman Sejati, di sini mendapat sambutan yang baik oleh penduduk setempat.
Purata kehadiran setiap hari adalah 100 hingga 200 orang tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad di mana jumlahnya lebih meningkat.
Menurut Penolong Pengurus PEDi Norsyuhada Razali, berkata kehadiran pengunjung amat menggalakkan terutama pada hari Sabtu dan Ahad bagi mengisi dan mengemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kerana dibantu oleh pegawai-pegawai perangkaan yang bertugasâ.
Menurut Rohani Rosli, 52, pembukaan PEDi bagi mengisi sistem PADU ini memudahkan masyarakat khususnya kepada warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet.
PEDi Kota Raja dibuka bermula 2 hingga 31 Januari, bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang  setiap hari.
Orang ramai boleh hadir ke kaunter ini sekiranya terdapat sebarang masalah semasa mengisi atau mengemas kini sistem PADU.
-ZS-