Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pelarasan Kadar Tarif Usaha Pertingkat Perkhidmatan

By 15 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Pelarasan tarif air yang diperkatakan sejak kebelakangan ini adalah usaha dalam memastikan kelestarian perkhidmatan air di negara ini.

Menurut Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail, pelarasan ini dibuat bagi memastikan keupayaan operator bekalan air dapat mencapai peningkatan dalam perkhidmatan mereka.

“Bagi memastikan industri itu berfungsi atau beroperasi secara mampan, mereka memerlukan keupayaan dari segi kewangan. Secara amnya, kebanyakan operator air menghadapi masalah dari segi pembangunan infrastruktur.

“Banyak projek dicadangkan dan pihak operator bersetuju untuk mencapai atau memenuhi aspirasi pengguna. Namun, dana yang besar diperlukan seperti menaiktaraf paip-paip air yang sudah terlalu usang,” katanya dalam program PERAKfm PRIHATIN: Pelaksanaan Pelarasan Kadar Perkhidmatan Bekalan Air di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pagi tadi.

Menurut Mohd Fazli, pihaknya memberi jaminan bahawa kerajaan amat teliti dalam memastikan sebarang pelarasan ini tidak menekan pengguna secara keterlaluan.

“Pastinya dengan pelarasan tarif ini, pengguna menjangkakan kemajuan dalam perkhidmatan bekalan air.

“SPAN akan memantau dari masa ke semasa pihak operator ini sama ada mereka memenuhi apa jua usul daripada pelarasan agar pengguna boleh lihat sendiri peningkatan atau kemajuan pelaksanaannya,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda