Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PEDi Kota Raja Klang Mendapat Sambutan Rakyat Bagi Mengisi PADU

By 15 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Ryqal/Hafiz Muhd

KLANG, 15 Jan (Malaysiaaktif) ā€“ Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Raja, yang bertempat di Jalan Bendahara 2, Taman Sejati, di sini mendapat sambutan yang baik oleh penduduk setempat.

Purata kehadiran setiap hari adalah 100 hingga 200 orang tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad diĀ mana jumlahnya lebih meningkat.

Menurut Penolong Pengurus PEDi Norsyuhada Razali, berkata kehadiran pengunjung amat menggalakkan terutama pada hari Sabtu dan Ahad bagi mengisi dan mengemasĀ kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kerana dibantu oleh pegawai-pegawai perangkaan yang bertugasā€.

Menurut Rohani Rosli, 52, pembukaan PEDi bagi mengisi sistem PADU ini memudahkan masyarakat khususnya kepada warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet.

PEDi Kota Raja dibuka bermula 2 hingga 31 Januari, bermula pukulĀ 9.00 pagi hingga 5.00 petang Ā setiap hari.

Orang ramai boleh hadir ke kaunter ini sekiranya terdapat sebarang masalah semasa mengisi atau mengemasĀ kini sistem PADU.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda