Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penantian 37 Peneroka Felda Bukit Easter Berakhir

By 8 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Muhammad Al-Tarmizi

KOTA TINGGI, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Penantian selama hampir 37 tahun berakhir apabila sebanyak 300 hak milik tanah diserahkan kepada peneroka dalam Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka Peringkat 2 dan 3 Felda Bukit Easter, di sini semalam.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika menyempurnakan majlis tersebut turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi membina dataran yang akan diberi nama ‘Dataran Maju Johor’ di Felda Easter dan RM150,000 untuk membina klinik kesihatan.

Menurut Onn lagi, semua hak milik tanah peneroka Felda di seluruh Negeri Johor akan diselesaikan pada tahun ini.

Salah seorang penerima Tukeran Yono, 67, berkata hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat semua peneroka Felda Bukit Easter setelah sekian lama menanti untuk memiliki geran tanah.

“Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana hajat kami untuk memiliki geran tanah telah pun tercapai dan kami merancang untuk memajukan tanah kami selepas ini,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor Cik Norlizah Noh, Pegawai Daerah Kota Tinggi Ahmad Nazir Mohd Nasir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili Muzaidee Makmor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda