Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Mengkuang X-treme Park Tarikan Terbaharu di Mengkuang

By 8 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk sekitar Bukit Mertajam kini boleh merasai pengalaman mencuba kenderaan serba rupa bumi atau lebih dikenali sebagai ‘all terrain vehicle’ (ATV) sebagai salah satu cara beriadah bersama keluarga dan komuniti setempat.

Pemilik Mengkuang X-treme Park Faisal Fadzil, 38, berkata selain menguji ketahanan fizikal, sukan ini turut menguji ketahanan mental dan jati diri pengunjung dalam menghadapi cabaran di samping memupuk semangat kerjasama.

“Tujuan Mengkuang X-treme Park ini dibuka adalah untuk menarik minat golongan belia dalam aktiviti sukan lasak di samping menyediakan platform kepada peminat sukan lasak sedia ada untuk beriadah,” katanya.

Taman permainan lasak yang dirasmikan oleh Senator Tuan Amir Haji Md Ghazali pada 16 Disember lalu dikendalikan oleh Kelab Sukan Lasak Mengkuang, dibuka setiap hari dengan pengendalian marshal yang sangat mahir mengendalikan ATV dan trek yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Pelbagai pakej menarik bermula dari RM80 hingga RM350 disediakan untuk pengunjung yang baru berjinak dengan sukan lasak ini dan semestinya berbaloi untuk diterokai.

Pengunjung turut ditawarkan pakej untuk menunggang ATV di trek yang mencabar seterusnya dibawa untuk menikmati keindahan matahari terbenam di puncak bukit.

-ZS-

Tinggalkan komen anda