Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sukarelawan Komuniti MADANI Bantu Orang Ramai Daftar PADU 

By 9 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Sukarelawan Komuniti MADANI membantu masyarakat setempat bagi memastikan dan melancarkan proses pendaftaran Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Ketua Komuniti MADANI Telaga Daing, Seberang Takir Wan Khairani Wan Husin, 46, berkata pihaknya mengerahkan kesemua sukarelawan komuniti MADANI seramai 10 orang untuk memberi taklimat dan penerangan kepada orang ramai bagi memastikan mereka mendaftar PADU dengan segera.

“Pangkalan data bersepadu menerusi PADU, merupakan program kerajaan yang dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menepati kumpulan sasar khususnya bagi orang ramai yang tidak begitu mahir dengan sistem atas talian,” katanya ketika program pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), di sini semalam.

“Sistem PADU baru dilancarkan dan memerlukan masa untuk orang ramai memahami proses pendaftaran tersebut dan sebagai Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI di bawah Jabatan Penerangan (JaPen) ini, pihak kami akan membantu orang ramai mengemas kini serta membuat pengesahan maklumat peribadi serta keluarga di dalam portal PADU secara dalam talian,” katanya.

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menjadi tumpuan orang ramai khususnya masyarakat luar bandar bagi mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi masing-masing dalam sistem PADU.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda