
Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Irina Abd Samad
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 2,093 tapak pelupusan sampah haram telah dilaksanakan pembersihan di tujuh buah negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 (Akta 672) dalam tempoh setahun dibawah pentadbiran kerajaan Madani.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, berkata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menjalankan 1,082 operasi dengan membersihkan 2093 tapak pelupusan sehingga Isnin lalu.
“Tanah di Jalan Davis ini dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sepatutnya sedang dalam perancangan untuk dibina sebuah Masjid Cina Muslim.
“Saya memberikan amaran, sebanyak 15 kes pendakwaan telahpun disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM168,000.00” sepanjang tahun 2023, katanya ketika ditemui di sidang media kelmarin.
Tambahnya, KPKT memandang serius isu berkaitan pengurusan sisa pepejal di bawah fungsi SWCorp dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berat kepada kesalahan berulang di mana pelaksanaan operasi berterusan tapak pelupusan sampah haram merupakan inisiatif utama kementeriannya pada tahun ini.
Nga Kor Ming turut berharap orang ramai menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan maklumat sekiranya berlaku tapak pelupusan haram dengan menghubungi talian utama SWCorp di 1-800-88-7472.
-ZS-