Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kursus Pemakanan Sihat Wanita Bantu Amalan Pemakanan Penjawat Awam Perlis

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Kursus Pemakanan Sihat Wanita dengan panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (HER-KKM) secara dalam talian kelmarin dilihat sebagai salah satu langkah tepat untuk membantu para wanita yang berkerjaya.

Melalui Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) empat topik disediakan pada kursus tersebut iaitu prinsip pemakanan wanita, panduan mudah dan praktikal penyediaan makanan sihat, amalan gaya hidup sihat serta pemakanan terkini.

Peserta kursus dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis Siti Nur Atiqah Kamaruzzaman, 37, berkata kursus tersbut memberi pendedahan kepada para wanita untuk sentiasa menjaga diri dan kesihatan insan tersayang.

“Kursus dalam talian sebegini bukan hanya memudahkan kepada penjawat awam yang tidak berkesempatan hadir secara bersemuka.

“Namun yang lebih penting wanita yang bekerja mengetahui asas kehidupan yang sihat kerana diri yang sihat boleh membantu menjaga kesihatan ahli keluarganya yang lain menerusi ilmu pengetahuan,” ujarnya.

Menurut Pembantu Tadbir Noor Izwani Abdul Rahim, 41, ilmu pemakanan dan kesihatan secara percuma ini adalah merupakan langkah awal bagi setiap penjawat awam di negeri Perlis terutama wanita untuk mengetahui ilmu kesihatan yang lebih baik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda