Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kitar Semula Penting untuk Melestarikan Alam Sekitar

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Sebagai langkah memajukan kelestarian alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) menyediakan dua buah fasiliti Pandu Lalu KITARecycle di sekitar daerah ini.

Majlis pelancaran fasiliti pandu lalu itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon bertempat di Dewan Orang Ramai Yong Peng, di sini kelmarin.

Menurut Tian Soon, kemudahan Pandu Lalu KITARecycle yang terdapat di Pura Kenchana, Sri Gading dan Majlis Daerah Yong Peng ini dilihat sebagai satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya peranan melestarikan alam sekitar dan pembudayaan kitar semula.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada Majlis Daerah Yong Peng dan SWM Environment yang berjaya menyediakan fasiliti seumpama ini dan memudahkan orang ramai untuk meletakkan barang kitar semula.

“Selain itu orang ramai yang memanfaatkan program kitar semula berdigital KITARecycle akan ditawarkan mata ganjaran yang boleh ditukar dengan penebusan wang sebagai galakan amalan kitar semula,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 80 buah keluarga daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pesakit kronik, ibu tunggal dan orang kurang turut menerima sumbangan Bakul Limau 2024.

Sumbangan barang dapur dan wang tunai sejumlah RM200 kepada setiap keluarga turut diberikan bagi membantu persiapan sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda