
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Facebook Hospital Pendang
PENDANG, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Karnival Keselamatan dan Kesihatan Madani Daerah Pendang yang berlangsung selama dua hari dari 31 Januari hingga 1 Februari lalu di Maktab Mahmud Pendang meriah dengan kehadiran seramai 500 pengunjung.
Karnival merupakan program anjuran Hospital Pendang dengan kerjasama dengan agensi yang berkaitan dengan kesihatan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pendang dan juga agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
Menurut Pengarah Hospital Pendang Dr. Muhammad Shauqi Haji Abdul Kadir, penganjuran karnival selama dua hari ini berkonsepkan turun padang.
βIa bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengunjung tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan seseorang itu,” ujarnya ketika ucapan aluan.
-ZS-