Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Lawatan Sekolah Bantu Pelajar Tambah Ilmu dan Pengalaman

By 3 Februari 2024Februari 7th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan untuk pelajar sekolah. Selain menambah ilmu pengetahuan, pelajar juga dapat menimba pengalaman baharu.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah Sulmayati Sulaiman@Yusof, 54, berkata lawatan pelajar-pelajar tahun enam sekolah tersebut di Kuala Lumpur dan Selangor pada 31 Januari hingga 2 Februari lalu memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam meneroka dunia persekitaran luar bersama guru dan rakan sebaya.

“Program lawatan sambil belajar ini juga boleh mengatasi masalah kebosanan pelajar terutamanya terhadap mata pelajaran tertentu yang sering memerlukan tumpuan serta membantu proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan menarik,” katanya.

Ain Syuhada Rasidin, 12, berkata beliau teruja dapat mengikuti lawatan sambil belajar tersebut.

“Saya dapat menambah ilmu pengetahuan ketika mengunjungi tempat-tempat yang dilawati,” katanya.

Program yang disertai 35 pelajar dan tujuh guru pengiring itu turut melawat Petrosains KLCC, Zoo Negara, Kilang Nata de Coco, Pusat Perusahaan Desa, kilang beras dan kilang coklat di Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda