Laporan/foto: Muhamad Firdaus Abdul Rashid/Ainsyah Abdul Hamid (Barat Daya)
BALIK PULAU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Prihatin dengan krisis bekalan air yang dialami oleh penduduk, Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT) di-Pertua Negeri Pulau Pinang mengambil langkah proaktif untuk turun padang dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk Flat Lily Balik Pulau, di sini kelmarin.
Sumbangan disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua Pulau Pinang (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak melalui Badan Pengurusan Bersama Flat Liliy.
Menurut penduduk Azizah Mustafa bantuan ini sedikit sebanyak membantu penduduk setempat.
“Kami berbesar hati dengan kehadiran dan keprihatinan TYT yang sudi hadir mendengar keluhan kami,” katanya.
Selain itu penduduk juga menerima sumbangan gerobak rezeki berupa barangan keperluan harian yang diserahkan kepada 100 orang penerima oleh Pegawai Eksekutif Yayasan Amal Datuk Seri Razali Mahmud
Program turun padang ini juga memberi ruang kepada Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang untuk menyampaikan taklimat khas penjelasan berkenaan krisis bekalan air yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBA Ir. K. Pathmanathan.
Turut hadir Ahli Parlimen Balik Pulau Bakhtiar Wan Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Syukor Zakariah dan Pegawai Daerah Barat Daya Mohd Hafiz Aswad Nadzri.
-ZS-