
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Timur Laut )
JELUTONG, 26 Feb (Malaysiaktif) – Masjid Jamek Hashim Yahya mengambil inisiatif menggalakkan masyarakat untuk mendaftar profil peribadi masing-masing di dalam sistem Pengkalan Data Utama (PADU) melalui Program ‘Fit To Ramadhan’, di sini kelmarin.
Masjid ini memberikan kemudahan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mendaftar PADU di dalam lokasi masjid tersebut.
Menurut Pengerusi Masjid Jamek Hashim Yahya, Abdul Razak Mansor, pihak masjid telah menjemput Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut bersama-sama Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang untuk memberi bantuan kepada anak khariah dan penduduk sekitar dalam pengisian PADU.
“Ini dilakukan kerana masih terdapat ramai individu yang mempunyai kekangan literasi digital dan memerlukan bantuan dalam mengisi maklumat sistem PADU,” katanya.
“Selain daripada usaha pendaftaran PADU, Program ‘Fit To Ramadhan’ yang dianjurkan oleh masjid ini turut menampilkan Jualan Agro Madani, Program Jualan Rahmah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi,” katanya.
Menurutnya, inisiatif ini bertujuan untuk memastikan bahawa masyarakat tempatan cakna tentang kepentingan mengemas kini PADU sebelum tarikh akhir pada 31 Mac 2024.
-ZS-