Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JPKK Menjadi Mata-Mata Kerajaan dalam Masalah Perparitan Kampung

By 26 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 26 Feb (Malaysiaaktif) – JPKK menjadi mata-mata kepada kerajaan berkaitan masalah aliran parit dan tali air untuk dikendalikan dengan segera sebelum sistem parit terganggu dan tersumbat teruk.

“Sebanyak RM12 juta diperuntukkan kerajaan negeri yang disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Johor akan diagihkan kepada 667 JPKK seluruh Negeri Johor dan bayaran yang diterima oleh JPKK hendaklah diuruskan sebaik-baiknya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan parit di kampung dapat dilakukan sepanjang masa.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman berkata demikian ketika merasmikan
Program Gotong-royong Perdana Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Southern Volunteers (SV) daerah Segamat bersama penduduk kampung setempat di Kampung Kadut, di sini kelmarin.

Mohd Masni turut menyerahkan enam buah mesin rumput kepada tiga JPKK dalam mukim Jabi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis Anuar Abdul Manap, ADUN Kemelah Saraswati, ADUN Tenang Haslinda Salleh, Pentadbir Tanah Segamat Mohamad Yazid Baharudin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Mohd Helmi Datuk Sa’ari.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda