Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Harley-Davidson Datang, Peniaga Senyum Riang

By 26 Februari 2024Mac 6th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/FB Nizar Najib 

PEKAN, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Kehadiran peminat motor Harley Davidson di Pantai Lagenda membawa rahmat dan rezeki buat peniaga-peniaga di sini sempena Program Lagenda Beach Camp 2.0 Harley Davidson bermula 23 Februari hingga 25 Februari.

Menurut Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya Datuk Mohd Nizar Datuk Sri Mohammad Najib, program sebegini bukan sahaja menghimpunkan peminat motorsika jenama terkemuka ini, malah turut membuka peluang rezeki kepada peniaga-peniaga di pantai berkenaan dan sekitar Pekan.

“Saya mengalu-alukan program sebegini di Pekan pada masa-masa akan datang kerana kehadiran pencinta jentera dua roda ini membawa rezeki kepada para peniaga,” ujarnya sewaktu merasmikan program itu di sini, semalam.

Turut hadir bersama pada himpunan ni ialah Pengasas East Coast Motorcyle Club Tengku Temenggung Terengganu Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud dan beberapa tetamu kehormat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda