Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bantuan Awal Persekolahan Melegakan Ibu Bapa

By 7 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak) 

TANGKAK, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Bantuan Kasih Murid Johor oleh Kerajaan Negeri Johor merupakan inisiatif bantuan awal persekolahan yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Pembentangan Belanjawan Johor 2024 yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin Nisa Ismail, berkata selain membantu persiapan awal persekolahan anak-anak, bantuan ini juga melegakan ibu bapa yang perlu membuat persiapan menghadapi bulan Ramadan dan Syawal.

“Penyampaian bantuan ini adalah bagi meringankan beban ibu bapa dan melegakan kebimbangan untuk membuat persiapan anak-anak dari segi pakaian, alat tulis, yuran dan sebagainya kerana sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025 akan bermula tidak lama lagi tambahan pula bulan Ramadhan dan Syawal akan menjelang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, memaklumkan dengan Kerjasama Rumah Serom, Program Gunting Rambut kepada 500 orang pelajar dan pemberian pensel warna kepada semua pelajar Tahun 1 di sekolah-sekolah dalam DUN Serom juga akan dilaksanakan.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Azmab Safli dan Pengurus Besar Pasaraya TenTen Lai Beng Swee.

-ZS-

Tinggalkan komen anda