
Laporan/foto: Nur Shazreena/Siti Hajar
SEREMBAN, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Festival Kraf Kebangsaan Malaysia yang sedang berlangsung dari 15 hingga 24 Mac di Seremban Prima menjanjikan tarikan berbeza apabila membawakan seni kraf batik ‘ecoprint’ (cetakan kreatif).
Batik cetakan kreatif merupakan salah satu cara penghasilan reka corak secara semula jadi daripada daun dan bunga kreatif yang menggunakan teknik gulungan atau ketukan supaya warna dan kesan yang terhasil diserap pada permukaan kain.
Menurut pengusaha Rasi Empire, Rasi Rathamani, 48, beliau telah mengikuti kursus khas dalam teknik motif dedaun.
“Saya telah menghadiri pelbagai kursus khas anjuran Kelab Sewing World di bawah Persatuan Seni Kraf Malaysia yang dinaungi oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah khusus bagi mengetengahkan seni motif dedaun ini,” katanya semalam.
-ZS-