Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kembara ‘Jolobu ko Mokah’ : Capai Impian Menunggang Motosikal Tunai Haji

By 20 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman/Hafiz Ghazazie

JELEBU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Pasangan suami isteri bakal menunaikan haji dengan menunggang motosikal dari Jelebu ke Mekah.

Mohd Rahmat Mohammed Amin, 38, dan isteri Nurazlinda Mohamad, 36, mahu menunaikan impian mereka sejak tiga tahun yang lalu untuk ke Mekah menggunakan jalan darat dengan menunggang motosikal.

Perjalanan darat sejauh 14,400 kilometer merentasi 13 buah negara iaitu Thailand, Laos, China, Nepal, India, Pakistan, Iran, Turki, Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan berakhir di Arab Saudi bakal diharungi oleh pasangan ini dengan menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150.

“Semua persiapan berkaitan dokumen diselesaikan serta kami sudah memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia di setiap negara dilalui

“Kami turut menjual tiga buah motosikal bagi mengumpul dana sebelum memulakan kembara ini,” kata Mohd Rahmat.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Haji Maarof Haji Mat Rashad Undang Luak Jelebu Ke-16 di perkarangan Masjid Jamek Kuala Klawang, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda