Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ops Pantau 2024: 1,619 Premis Perniagaan Diperiksa di Pahang

By 20 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/KPDN Pahang

KUANTAN, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,619 premis perniagaan di negeri ini telah diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang melalui Ops Pantau 2024 sepanjang seminggu Ramadan.

Pengarah KPDN Negeri Pahang Jezlily Jamaluddin, berkata pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2024 ini memfokuskan kepada beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barangan, harga barangan, jualan murah, penggunaan alat timbang, penjualan barangan tiruan dan kepatuhan halal.

“Sepanjang tempoh seminggu pelaksanaan Ops Pantau 2024, sebanyak 1,619 buah premis telah diperiksa meliputi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar raya, premis yang menyediakan bufet Ramadan termasuk aktiviti penjualan atas talian yang menjadi tumpuan masyarakat.

“Selain itu, sebanyak enam aduan telah diterima dan disiasat oleh KPDN Pahang berkaitan isu harga, keberadaan bekalan barangan keperluan pengguna, penggunaan alat timbang dan sukat, perihal halal dan barang tiruan dan turut mengambill sebanyak empat tindakan kes ke atas peniaga di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 selain turut memberi amaran ke atas peniaga bagi memastikan tanda harga barangan jualan dipamerkan dengan jelas dan mudah dilihat oleh pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Jezlily turut mengingatkan kepada peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang ditetapkan terutamanya menjelang Aidilfitri nanti dan orang awam dialu-alukan untuk membuat aduan melalui platform yang disediakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda