Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Cuaca Panas dan Kering Tidak Jejaskan Nelayan Turun ke Laut

By 27 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Keadaan cuaca panas dan kering yang berlaku dalam tempoh hampir sebulan berikutan fenomena El Nino tidak menjejaskan para nelayan Pantai Tujuh untuk turun ke laut.

Berdasarkan pemantauan, terdapat hampir 50 buah bot nelayan yang berlabuh dan akan turun ke laut untuk mencari ikan.

Salah seorang nelayan Zizi Mat Yusoff, 36, berkata keadaan cuaca yang panas dan kering tidak mematahkan semangat beliau untuk turun ke laut untuk mencari rezeki.

“Setiap hari seawal 5.00 pagi, saya akan mula turun untuk menangkap ikan di tengah laut dan perjalanan ke kawasan penangkapan ikan biasanya mengambil masa lebih kurang satu jam.

“Pada pukul 12.00 tengah hari saya akan mendarat di jeti pendaratan ikan di Pantai Tujuh untuk memperolehi pendapatan sehari antara RM80 hingga RM100,” katanya hari ini.

Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda negara ketika ini akan dijangka berkurangan dan kembali normal bermula pertengahan tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda