Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MYSaveFood Selamatkan 8.1 Tan Metrik Makanan di Bazar Ramadan

By 21 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Yaacob

SABAK BERNAM, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menyelamatkan 8.1 tan metrik makanan dan minuman dalam tempoh enam hari berpuasa di bazar Ramadan seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, berkata jumlah itu membabitkan makanan dan minuman diselamatkan di bawah program MYSaveFood bernilai RM116,000.

“Makanan-makanan ini dibungkus dan disumbangkan kepada pelajar-pelajar yang tingal di asrama dan rumah-rumah anak yatim.

“Usaha ini dilakukan oleh KPDN bagi mengelakkan pembaziran,” katanya ketika merasmikan Program Bazar Ramadan Rahmah Sungai Besar, di sini semalam.

Sebanyak 64 lokasi di seluruh negara terlibat dalam penganjuran Bazar Ramadan Rahmah dan Sungai Besar merupakan salah satu daripadanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda