Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tubuh Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Johor Tangani Isu Persendakan Agama Islam

By 21 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan/Nur Zaireen Akma (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 21 Mac (Malaysiaaktif) — Berikutan kontroversi isu stoking tertera kalimah Allah, Kerajaan Johor akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri Johor, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Faref Mohd Khalid, berkata satu garis panduan khas akan dirangka bagi melihat cara dan bagaimana sesuatu perniagaan dijalankan dalam suasana mesra agama dan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

“Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor akan bersama dalam jawatankuasa berkenaan secara kekal dan turut melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kita akan segera merangka garis panduan berkenaan persekitaran perniagaan dalam negeri ini agar dijalankan dalam suasana tidak menyentuh sensitiviti masyarakat serta mesra agama,” katanya ketika ditemui selepas menjalankan operasi di kedai serbaneka KK Mart, sekitar Johor Bahru, semalam.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial yang dimuat naik pengguna berkenaan isu stoking yang tertera kalimah Allah dijual di kedai serbaneka KK Mart Bandar Sunway menyebabkan kemarahan seluruh umat islam.

-AA-

Tinggalkan komen anda