Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penduduk Kampung Kuala Triang Berharap Tengku Mahkota Berangkat Lagi

By 7 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim (Bera)

BERA, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Kg. Kuala Triang di daerah ini berharap agar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat lagi ke kampung mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Triang Jamlus Ahmad, keberangkatan Tengku Hassanal sempena Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 ini adalah buat julung kalinya.

“Diharapkan Tuanku dapat berangkat ke sini lagi di lain-lain program untuk bersama-sama dengan penduduk kampung,” ujarnya ketika ditemui Selasa lalu.

Ujarnya lagi, sambutan meriah yang diadakan adalah bukti rakyat sangat menghargai Tuanku yang berkenan untuk berangkat ke kampung mereka dengan pelbagai persembahan tarian kebudayaan dan pukulan gendang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda