Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024 Platform Perkasa Institusi Baitulmal

By 7 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

MELAKA, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran Konvensyen Baitulmal Kebangsaan (KBK) 2024 mampu dijadikan platform untuk memperkasakan institusi baitulmal di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, penganjuran KBK ini juga menjadi platform untuk menjana dan mengumpul idea serta pemikiran para cendekiawan Islam dari pelbagai lapangan seperti pentadbiran, akademik dan sebagainya dalam memperkasa institusi baitulmal.

“Objektif utama penganjuran Konvensyen Baitulmal Kebangsaan (KBK) adalah untuk menyebarluaskan maklumat dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan institusi baitulmal dalam memperkukuh sosioekonomi ummah serta memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap institusi baitulmal di negara ini.

“Penganjuran program seumpama ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri, institusi baitulmal, institusi pendidikan, GLC, syarikat swasta serta NGO berkaitan,” ujarnya.

Konvensyen disertai 350 orang peserta daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Majlis Agama Islam Negeri, ahli-ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pengurus-pengurus baitulmal serta wakil-wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Majlis Agama Islam Negeri, ahli-ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pengurus-pengurus baitulmal serta wakil-wakil dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari sehingga hari ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YMM) dirasmikan oleh Dr. Mohd Na’im, di sebuah hotel di sini semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda