Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Perpaduan Warga Segambut Daftar PADU

By 9 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa(Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menyeru warga Segambut untuk terus menyemarakkan semangat perpaduan berbilang kaum dalam program Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen di Taman Kok Doh, di sini hari ini.

“Saya gembira melihat begitu akrabnya perhubungan masyarakat setempat yang berbilang kaum dan berharap hubungan sebegini berterusan untuk jangka masa yang lama.

“Sambil kita bergembira dengan majlis ini, jangan lupa tanggungjawab kita untuk mendaftar PADU,” kata Hannah.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Segambut dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Segambut telah menyediakan pelbagai aktiviti persembahan yang menarik seperti persembahan nyanyian, Tarian Singa, Yee Sang dan juga Tarian Naga.

Dalam masa yang sama, petugas dari Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP) turut hadir dalam program ini untuk membantu warga Taman Kok Doh bagi sesi pendaftaran PADU.

-ZS-

Tinggalkan komen anda