Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

150 Peserta Meriahkan Program Komuniti MADANI 2024

By 30 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pekan

PEKAN, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang peserta di daerah ini memeriahkan program Komuniti Madani 2024 yang menyasarkan pemerkasaan komuniti ke arah kehidupan beragama yang lebih baik.

Bermesra dengan komuniti Kuala Pahang semasa 10 ribu langkah.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Sh Mohamed Puzi Sh Ali, berkata pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk mewujudkan faktor pelindung kepada komuniti dan menjadikan Madrasatul Quran (lokasi program) sebagai agen perubahan dan sumber rujukan komuniti setempat.

“Di antara pengisian program ini adalah Kem Penghayatan Kehidupan Sunnah, pertandingan mewarna kanak-kanak, jalan santai 10 ribu langkah, pertandingan azan, edaran risalah antidadah dan peluncuran Warong Pok Din Gerai Sahabat K.A.M.I (Kempen Antidadah Melalui Informasi),” ujarnya ketika merasmikan program ini Ahad lalu.

Antara acara menarik sempena Program Komuniti Madani AADK Pekan.

Program ini merupakan kolaborasi yang melibatkan kerjasama Pengurusan Madrasatul Quran Kuala Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Pekan, Angkatan Pertahanan Malaysia Pekan, SWcorp Pekan dan Pejabat Penghulu Mukim Kuala Pahang.

-ZS

Tinggalkan komen anda