
Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)
YAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 3,000 orang hadir ke Majlis penghormatan terakhir dan pengkebumian mangsa nahas helikopter Pengkalan TLDM Lumut di Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni Yan, di sini kelmarin.

Jenazah tiba di kediamannya di Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni Yan.
Mangsa, Bintara Muda Nur Rahiza Anuar, merupakan anak jati Yan dan bertugas sebagai jurugambar di Depot Bekalan Armada Barat Lumut, Perak.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak yang berumur di antara enam hingga 16 tahun.

Majlis Pengkebumian dijalankan mengikut adat istiadat penuh ketenteraan TLDM.
Jenazah mangsa selamat tiba di kediamannya sekitar pukul 8.30 malam dan kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat Yan bagi majlis pengkebumian yang telah mengikut adat istiadat penuh ketenteraan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Hadir sama Pengarah Kanan Kejuruteraan TLDM.
-ZS-